Monday, August 1, 2011
HALAMAN UTAMA
ISI KANDUNGAN
1. Halaman utama
2. Isi Kandungan
3. Pendahuluan
4. Abstrak
5. Konsep Masjid
6. Pentadbiran Masjid
7. Program
8. Imarah
9. Sumbangan
10. Penutup
11. Rujukan
PENDAHULUAN
Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kurnianya saya dapat menyiapkan esei CTU 101 ini.Tujuan penulisan ini dihasilkan adalah kerana ingin saya memperkenalkan Masjid Al-Bukhari kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya, supaya lebih ramai warga Malaysia dapat mengenali dan mengetahui tentang kewujudan masjid yang indah ini.Masjid ini terletak di tengah-tengah ibu negeri Kedah, iaitu Alor Star, Kedah Darul Aman.Penulisan saya yang serba ringkas ini meliputi beberapa isi mengenai masjid tersebut.Harapan saya, supaya kita mendapat sedikit informasi mengenai masjid Al-Bukhari ini.
ABSTRAK
LATAR BELAKANG DAN SEJARAH MASJID ALBUKHARI
Masjid AlBukhary terletak di Jalan Langgar Alor Setar Kedah berdekatan dengan Souq AlBukhary yang menempatkan Pasaraya Giant. Masjid yang indah ini dibina oleh Yayasan Al Bukhary yang menjadi sebahagian daripada Kompleks Al-Bukhary di persimpangan Jalan Tuan Abdul Razak dan Jalan Langgar terdiri daripada Pusat Perdagangan Souq Al-Bukhary, Pusat Rawatan/Perubatan Al-Bukhary, Pusat komuniti rumah anak-anak yatim dan warga tua dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary.
Tulang belakang kepada pembinaan Kompleks Masjid raksasa ini ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary iaitu seorang hartawan Malaysia yang terkenal dengan kemurahan hatinya yang dengan menderma dan kerja-kerja amal.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah berketurunan Yaman yang dilahirkan di Alor Setar Kedah pada 1951. Beliau telah memulakan perniagaan sejak berumur 19 tahun dengan urusniaga jual beli lembu dan kerbau.
Kompleks Yayasan Al-Bukhary yang berkonsepkan pondok moden dibina dengan kos RM400 juta dengan keluasan 11.6 hektar dan siap sepenuhnya pada tahun 2004. Kompleks berkenaan dibina di atas tanah asal milik datuknya dan Masjid tersebut juga asalnya dibina oleh datuknya. Projek pembinaan Universiti Antarabangsa Albukhary bernilai RM500 juta yang boleh menampung 3,000 pelajar siap dibangunkan pada tahun 2009.
KONSEP MASJID
Masjid berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah).
Masjid dari sudut bahasa ialah ‘nama bagi tempat sujud dahi’ dari sudut syara’ pula ialah
setiap tempat daripada permukaan bumi dan ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang
berbunyi :
Maksudnya : “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud) “
(Hadis riwayat Bukhari)
Manakala masjid dari sudut istilah pula ialah tempat yang disediakan khas selama-lamanya untuk bersembahyang
PENTADBIRAN MASJID
PENGERUSI: Tuan Hj Md Isa Bin Shaari
NAIB PENGERUSI: Tuan Hj Yusof Bin Ahmad
SETIAUSAHA: Tuan Hj Abdullah Bin Ahmad
PEMERIKSA KIRA-KIRA: Tuan Hj Abdul Rashid Bin Hamid
AJK(1): Tuan Hj Yahaya Bin Md Noor
AJK(2): Tuan Hj Saad Bin Awang
AJK(3): Tuan Hj Basri Bin Abdul Halim
PROGRAM
Setiap masjid pasti ada program-program tertentu bagi menarik perhatian pemuda-pemudi, penduduk setempat untuk datang ke masjid.Begitu juga dengan masjid AL-Bukhary di Alor Star, Kedah.Ahlijawatankuasa masjid juga telah berusaha keras supaya program-program yang lebih menarik dapat diadakan setiap masa.Bukan sekadar di bulan puasa sahaja, malah bulan-bulan islam yang lain juga dapat diteruskan niat yang murni ini.Objektif utama program-program yang diadakan ialah untuk menarik lebih ramai penduduk sekitar datang ke masjid sekaligus dapat mengeratkan ukhwah sesama insan.Antara program yang dianjurkan di masjid Al- Bukhary ini ialah
Kelas fardhu ain ini diadakan pada setiap malam selepas solat Isya’.Kelas ini terbuka kepada semua golongan.Tetapi,keramaian yang memeriahkan kelas ini kebanyakannya kaum Adam. Kelas ini diketuai oleh seorang ustaz dari negeri Perak.Guru yang bakal mengajar dalam kelas ini diselang-selikan orangnya.
kelas fardhu ain
KELAS AL-QURAN (ADAM)
Kelas al-Quran ini terbahagi kepada tiga bahagian.Bahagian yang pertama, kelas al-Quran khusus untuk lelaki.Kelas ini degelar sebagai Kelas al-Quran Adam.Kelas al-Quran ini dikendalikan oleh Ustaz Kassim Bin Ahmad.Kelas ini beroperasi setiap hari Jumaat.Waktu yang ditetapkan ialah selepas solat Jumaat sekitar pukul 3 petang.
kelas al-Quran Adam
KELAS AL-QURAN (HAWA)
Bahagian kedua ialah kelas al-Quran khusus untuk wanita.Kelas ini degelar sebagai Kelas al-Quran Hawa.Kelas al-Quran ini dikendalikan oleh Ustazah Nasriah.Kelas ini beroperasi setiap hari Sabtu.Waktu yang ditetapkan ialah setiap pagi Sabtu sekitar pukul 9 pagi.
kelas al-Quran Hawa