Baru-baru ini, aktiviti membersihkan kawasan masjid telah diadakan.Aktiviti tersebut telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama daripada anak-anak yatim yang tinggal di asrama Yayasan Al-Bukhari tersebut serta penduduk setempat.Akibat masjid Al-Bukhari sangat besar, orang ramai bergotong-royong membersihkan kawasan masjid tanpa rasa penat malah gembira mengiringi mereka.Aktiviti ini juga turut dibantu oleh ahlijawatankuasa masjid.Hal ini telah menaikkan semangat mereka untuk bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Seterusnya mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan.
gotong royong membersihkan perkarangan masjid
PAMERAN SILATURRAHIM
Pameran silaturrahim ini diadakan sebagai menarik minat para penduduk sekitar dalam menjayakan program mengimarahkan masjid.Pameran ini diadakan sekali dua minggu atau bermusim. Contohnya, pameran sempena Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Nisfu Syaaban dan sebagainya.
pameran yang diadakan
SOLAT BERJEMAAH
Solat berjemaah sering dilakukan setiap hari dan setiap waktu solat. Tetapi, seorang tahfiz telah dilantik untuk menjadi imam kepada makmum-makmumnya.Tahfiz tersebut akan mengimamkan pada waktu-waktu tertentu dan seterusnya akan memberi sedikit penerangan dan motivasi kepada orang ramai selepas solat.Dengan adanya beliau, pihak masjid berharap agar dapat mengembalikan orang ramai ke masjid.
solat berjamaah
FORUM PERDANA
Forum perdana acap kali dilakukan di perkarangan masjid Al-Bukhari.Dengan keluasannya yang besar,orang ramai dapat dimuatkan di perkarangan tersebut.Forum perdana salah satu faktor yang dapat menarik perhatian dan mengajak orang ramai datang ke masjid.Dengan adanya aktiviti seperti ini, orang ramai serta penduduk setempat dapat berkumpul beramai-ramai seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia.
forum perdana
KENDURI
Pada setiap pagi Sabtu, selepas selesai solat Subuh, para hadirin disajikan dengan pelbagai hidangan sebagai pembuka selera di pagi hari.Makanan tersebut dimasak oleh Puan Rohani Binti Omer.Beliau merupakan seorang tukang masak dan dikenali di masjid tersebut kerana masakannya yang sangat lazat.Hal ini dapat meningkatkan ukhwah kita sesama muslim.
Puan Rohani Binti Omer
(chef)
No comments:
Post a Comment