Masjid berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah).
Masjid dari sudut bahasa ialah ‘nama bagi tempat sujud dahi’ dari sudut syara’ pula ialah
setiap tempat daripada permukaan bumi dan ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang
berbunyi :
جُعِلَت لِي الأَرضُ مَسجِدًا
Maksudnya : “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud) “
(Hadis riwayat Bukhari)
Manakala masjid dari sudut istilah pula ialah tempat yang disediakan khas selama-lamanya untuk bersembahyang
No comments:
Post a Comment