Monday, August 1, 2011

PROGRAM

Setiap masjid pasti ada program-program tertentu bagi menarik perhatian pemuda-pemudi, penduduk setempat untuk datang ke masjid.Begitu juga dengan masjid AL-Bukhary di Alor Star, Kedah.Ahlijawatankuasa masjid juga telah berusaha keras supaya program-program yang lebih menarik dapat diadakan setiap masa.Bukan sekadar di bulan puasa sahaja, malah bulan-bulan islam yang lain juga dapat diteruskan niat yang murni ini.Objektif utama program-program yang diadakan ialah untuk menarik lebih ramai penduduk sekitar datang ke masjid sekaligus dapat mengeratkan ukhwah sesama insan.Antara program yang dianjurkan di masjid Al- Bukhary ini ialah

KELAS FARDHU AIN

Kelas fardhu ain ini diadakan pada setiap malam selepas solat Isya’.Kelas ini terbuka kepada semua golongan.Tetapi,keramaian yang memeriahkan kelas ini kebanyakannya kaum Adam. Kelas ini diketuai oleh seorang ustaz dari negeri Perak.Guru yang bakal mengajar dalam kelas ini diselang-selikan orangnya.

kelas fardhu ain


KELAS AL-QURAN (ADAM)

Kelas al-Quran ini terbahagi kepada tiga bahagian.Bahagian yang pertama, kelas al-Quran khusus untuk lelaki.Kelas ini degelar sebagai Kelas al-Quran Adam.Kelas al-Quran ini dikendalikan oleh Ustaz Kassim Bin Ahmad.Kelas ini beroperasi setiap hari Jumaat.Waktu yang ditetapkan ialah selepas solat Jumaat sekitar pukul 3 petang.

kelas al-Quran Adam


KELAS AL-QURAN (HAWA)

Bahagian kedua ialah kelas al-Quran khusus untuk wanita.Kelas ini degelar sebagai Kelas al-Quran Hawa.Kelas al-Quran ini dikendalikan oleh Ustazah Nasriah.Kelas ini beroperasi setiap hari Sabtu.Waktu yang ditetapkan ialah setiap pagi Sabtu sekitar pukul 9 pagi.


kelas al-Quran Hawa


KELAS CELIK AL-QURAN

Bahagian ketiga ialah kelas al-Quran khusus untuk kanak-kanak.Kelas ini degelar sebagai Kelas Celik al-Quran.Kelas al-Quran ini dikendalikan oleh Ustazah Nasriah juga.Kelas ini beroperasi setiap hari Sabtu juga pada pukul 3 petang.

kelas Celik Al-Quran



No comments:

Post a Comment